Kek Butter Simple Tapi Sedappppppp! [RESEPI]


Assalammualaikum
Dan Selamat Sejahtera..

Bertemu kembali yaaa cik blog kuning yang tersayang.. Lama betul kita menyepi.. Suam-suam kuku jer orang kata. Viewers pun entah ada entah tidak.. Tapi takpelah.. Resepi ini akan ku simpan hingga ke anak cucu. Ceh berangan! Yelah dulu rajin nak tulis kat buku. Tapi since dah pergi belajar, buku tu dah kat mana entah. Sorok kot. So better I simpan dekat blog encik kuning ni okeh.

Apa perkembangan saya sekarang?
Btw, sekarang tengah cuti "studyweek" di rumah. Alhamdulillah inshallah saya akan tamat belajar hujung bulan 8 ni. Tapi hujung bulan lima ni saya akan buat praktikal dulu. TAPI ! saya masih tak dapat lagi. sedihnyaaaaa. Tapi saya tetap usahakan jugak untuk dapat! sapa nak suggest tempat praktikal, meh PM saya thru FB/ Insta/ email. Jasamu akan ku hargai.

Mana resepinya nih?
Haaaa, panjang beno citernya. Takpe, i teruskan untuk share resepi kek butter ni. I terus falling in love sebab rasanyaa memang superbbbb and yg penting dia tetap moist. Saya ni pulak tak suka kek yg rekah-rekah gitu. Lembab dan lembut itu keutamaan saya!



BAHAN-BAHAN
  • 250gm pure Butter (Anchor)
  • 250gm tepung naik sendiri
  • 180gm gula castor
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
CARA-CARA
  • Panaskan oven 20-30 minit
  • Pukul butter dan gula sehingga kembang sehingga menjadi warna putih. (low speed-high speed)
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji. Diselang selikan dengan tepung. Masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.
  • Masuk dalam loyang dan lapik dengan baking paper/ spray terlebih dahulu
  • Bakar dalam oven  180'c selama 40 minit
  • Sedia dihidang.
SENANG KAN!!

Tips-tips tambahan.
  1. TEPUNG - Boleh aje guna tepung gandum. tapi masukkan satu sudu kecil baking powder. Sukatan tepung masih sama.
  2. OVEN - Kalau takde "mention" guna api atas/bawah, so kena guna oven api atas bawah. Tapi saya ada oven api bawah jer. so kena pandai adjust suhu. 
  3. SALTED/UNSALTED Butter - mengikut sumber penulis, beliau tidak kisah guna mana-mana butter. jadi saya guna salted butter. Jangan guna buttercup sudahlah ye.
  4. SAIZ TELUR - Saiz yang sederhana. Guna saiz B pun okay.
  5. GRAM tukar ke cawan - Saya dah sediakan link untuk tukar sukatan gram ke cawan. Jangan malas. Boleh klik terus.
  6. KUKUS - Boleh kukus. Tapi kena pandai agak guna lidi/tester.

Apa lagi ek? rasanya dah cukup untuk membantu saya dan anda semua untuk membaking. Terlebih atau terkurang, saya mohon maaf. Yang pasti, kek yang saya buat kena dengan tekak family saya dan sedap. So, I shared here. Ini juga buat rujukan saya akan datang. Yummy kek butter yang simple dan sedapppppp boleh dimakan. Budget yang saya laburkan totally under RM 25 and makan sampai puas. 


Terima Kasih. Jumpa Lagi.


Nota: Segalanya hanya dihujung jari. Tiada istilah tak pandai masak. Kalau nak pandai masak, kena ada sifat R dalam diri. Barulah semua yang kita buat menjadi. Lagi satu, ikhlas dan senyum. Penting dalam dapur.






Comments

Popular posts from this blog

Barang-barang yang perlu dibawa ke kolej profesional MARA (CHECKLIST)

Syawal yang Hilang

New Year Giveaway by MF