Library



Assalammualaikum
Salam Sejahtera..




Aku kini berada di library untuk menghabiskan sisa baki assignment yang perlu dihantar sebelum hari esok bersamaan cuti merdeka.. Yeayy MERDEKA ! Tak sabar tunggu cuti even empat hari. Tapi empat hari tu sangat bermakna dan sangat menghargai. Bukan senang nak mintak cuti untuk kelas hari Ahad tu. Alhamdulillah syukur sangat. Rasa menikmati apa itu merdeka. Kah!

Library, biasanya orang akan cakap "rajin gila pergi library", "peh, dak2 4 flat dok library". Itu semua kata-kata perli yang kita kena kuat untuk lawan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya TAK. Kau kena kuat and tetapkan niat engkau kenapa kena pergi library. Macam aku, library itu macam jauh plus kau punya asram tingkat tiga then jalan kaki meredah terik panas, kadang ia mematahkan semangat aku, tapi go on jer. Fikir balik, kalau kau nak buat kerja kat bilik, confirm ke kau akan buat? Atau bersilat atas katil? Hahaha fikir sendiri

Update Blog, semenjak dua menjak ni rajin betul aku ke library. Sikap rajin ke library sejak dari sekolah menengah datang balik. Yeay, sukanya. Takdelah aku tidur aje kat bilik tu. Malam pun sama. Even malas tetap kena rajinkan diri. Sekarang ni ada je assignment, tapi sebab rindu kat blog, updatelah sikit kan. Life student update katekoo

Wifi.. Yang ni BEST. FOC. Walaupun registerlah memacam line internet, wifi library tetap nombor satu. Gila best. Senang buat kerja. Senang cuci mata kat online shop. Hahahahaha. Lagi satu, cari sumber assignment. Segalanya hujung jari. Kalau kat bilik, nak pergi satu site, kena tunggu berjanggut guna data enfon. Laju pun kadang-kadang. Tengok nasib. Sekarang Johor kan nak bagi wifi. Alangkah indahnya wifi tu datang cepat dekat Bandar Penawar. Ceruk-ceruk ni memang payah nak dapat internet.

Hahaha itu sahajalah bingkisan saya untuk library. Saja nak asah otak ni untuk memerah idea sebab kejap lagi nak buat esei english. So, dengan blog, harap-harap esei aku nanti banyaklah idea yep. Oh ye, satgi nak buat esei pasal "Why students should learn a foreign language" Bestkan tajuk. Google je kat internet. Senang. Hahahahaha. Till the end. LOve u encik blog. Jumpa lagi. Bye




Comments

Popular posts from this blog

Barang-barang yang perlu dibawa ke kolej profesional MARA (CHECKLIST)

Syawal yang Hilang

New Year Giveaway by MF