Resipi ringkas nasi goreng kampung



Assalammualaikum
Salam Sejahtera



Sekarang semua nak mudah, ringkas, cepat dan padat. Paling penting sedap dan kena dengan tekak kita. Resipi ini hanya sekadar rujukan semata, terpulang pada selera anda kot-kot nak seasoning lebih kan. Orang kita semua kreatip-kreatip belaka. Aku ajer yang malas, masak ala kadoor jer.



Bahan-bahan A

  • 1 biji bawang besar 
  • 2 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • dua genggam ikan bilis (lagi banyak lagi sedap)
  • 17 batang cili padi, yang hijau punya.
  • satu setengah inci belacan
Bahan B
  • 4 batang cili hijau (yang besar)
  • air (lebih kurang, jangan banyak sangat.lambat masak nanti, kebulur nak makan)
Bahan C
  • Nasi (Aku masak dua pot). Jadi boleh agak berapa banyak nasi aku masakkan. Bayangkan satu family 6 orang boleh makan.

Caranya:
  1. Tumbuk bahan A sehingga lumat. Tak nak lumat pun takpe sebab ada sesetengah orang sukan makan bilis/bawang. Kalau dah lumat sangat tak merasalah kenikmatan makan bilis bawang tu.
  2. Blend pula bahan B.
  3. Panaskan minyak.Masukkan bahan A yg ditumbuk tadi.kacau sebati. Then masukkan bahan B yg blend tadi. 
  4. Masak sampai ia jadi kekeringan. Kacau, kacau and terus kacau.
  5. Bila agak dah nak masak, masuk garam.lebih kurang satu sudu kecil.
  6. Lepas itu, masuk nasi. Gaul-gaul sampai nasi tu dah sebati warnanya dengan bahan tumis tadi.
  7. Siap. Hidang dengan timun dan ikan masin. 
  8. Pheewww, sedap.

Kalau letak telur lagi sedap oii.. Nikmatnya makan nasi goreng sendiri. Boleh tambah sesuka hati. Satu keluarga happy , sebab tak payah nak keluar duit banyak semata nak makan nasi goreng. Orang bujang, silalah rajinkan diri memasak yepp.






Ok. Thank you








Comments

ajiejoul said…
Saya Suka Nasi Goreng..

Popular posts from this blog

Barang-barang yang perlu dibawa ke kolej profesional MARA (CHECKLIST)

SUGARLAVENDAA

Syawal yang Hilang