Barang-barang yang perlu dibawa ke kolej profesional MARA (CHECKLIST)



Assalammualaikum
Salam Sejahtera..


Ini sekadar rujukan semata-mata berdasarkan pengalaman yang ada. 

Kebetulan intake Januari 2015 jatuh pada 13 Januari 2015. So masih sempat topup barang-barang yang ada. Saya shared khususnya bagi mereka yg bakal masuk ke KPM Bandar Penawar. Tapi yang KPM lain tu boleh rujuk juga sebab kita dibawah bumbung yang sama.





  1. Dokumen-dokumen penting
  • Buku pendaftaran
  • Dokumen Perjanjian yang telah dimatikan setem -3set-
  • Sampul surat yang berisi gambar pasport
  • Dokumen yang telah disahkan seperti salinan surat beranak dan ic
  • Duit pendaftaran
  • Dan segala yang diminta, harap isi dengan lengkap. Di akhir buku pendaftaran ada satu checklist yang boleh kita semak
  • Kalau boleh sediakan salinan dokumen lebih dari yang diminta. Jika kita termissed satu salinan, dah susahkan diri mencari mesin photostet.

2.  Barang Elektrik
  • Laptop (dan segala yang berkenaan dengan latop seperti charger, cooler fan etc)
  • Printer (Terpulang bagi anda. Tapi kalau bawa, awak boleh bukak bussiness kat dalam asrama. Sebab dekat asrama, sekali print charge berganda)
  • Pendrive (kalau boleh sediakan dua. satu khas untuk presentation and satu untuk simpanan. Kadang kalau kawan pinjam pendrive, itu yg disebabkan virus. Main cucuk sana-sini
  • Iron. (Board tak penting. kadang atas tilam pun kita boleh guna. Guna apa yang ada. kreatip)
  • Charger handphone.
  • Extension. (berdasarkan pengalaman, kalau boleh felo benarkan satu bilik satu extension je.)
  • Pemanas air. Beli yang volt rendah. (Benda ini boleh bincang dengan roomates, siapa yang boleh bawa. Tak kan semua barang kau nak bawak.)
Info berkaitan dengan barang elektrik. Nanti, barang elektrik anda akan didaftarkan. Contoh seterika, laptop, printer and pemanas air. Satu barang rm 5. Jadi kalau semua barang kau bawak, kan dah kena bayar semua. Jadi, perlunya roomates utk berkongsi. Macam dulu, saya bawak seterika, roomate bawak pemanas air. Jadi, boleh share. Laptop benda penting and tak boleh share.




3. Pakaian
  • Baju kurung yang berpesak dan tidak jarang (kalau saya, saya sediakan dalam 9 atau sepuluh helai. Set untuk dua minggu. Jadi kita taklah nampak pakai baju berulang. And the most thing sekarang, saya cari baju yg tak perlu iron. Sekarang dah banyak baju macam tu
  • Baju Melayu (Negeri Johor pakai hari khamis. Full set dengan songkok dan samping.
  • Baju Kemeja (terpulang pada pelajar lelaki nak bawak berapa. Ikut kemampuan)
  • Tali leher (Wajib pakai termasuk jika kau ada rusan rasmi di pejabat. Jika tak full set, maka anda tak dilayan.)
  • Kasut bertutup dan stokin berwarna kulit (Rasanya dalam buku panduan pendaftaran dah dinyatakan.)
  • T-shirt berlengan panjang tanpa corak (Untuk aktiviti riadah & hari orientasi)
  • Seluar track dan seluar slack (berwarna gelap. 
  • Jeans tidak dibenarkan
  • Jubah, untuk aktiviti outing boleh pakai
  • Baju tidur, tshirt untuk dalam bilik. (Sediakan dalam lima enam helai.kalau jenis yang lambat nak basuh baju, bawaklah banyak.
  • Pakaian dalam, Bergantung kepada keperluan peribadi.
  • Kasut sukan untuk aktiviti riadah
  • Selipar utk ke tandas
  • sandal untuk aktiviti riadah
  • 2 tuala mandi

4. Keperluan ke kelas.
  • Beg kuliah.
  • Alat tulis
  • Buku nota
  • Test pad
  • Kamus
  • Kalkulator saintifik 
  • Kertas A4

5. Toiletries
  • Sabun mandi, shampu, berus &ubat gigi, pencuci muka
  • Baldi & Gayung
  • Sabun basuh baju & softener
  • hanger & penyepit baju
  • Berus kain (akan tahu kepentingannya)
  • Bedak, sikat, perapi, and etc
  • Alat makeup (Makeup perlu tipis ye. Bukan makeup gi keje kahwin)
  • Pads (penting untuk emergency)
  • Ubat-ubatan. ( Atleast sepapan paracetamol)
Sedikit info: Asrama ada sediakan mesin air mineral dan mesin basuh. Macam biasa terpulang pada anda untuk gunakan. Kalau macam saya nak guna mesin basuh, biasanya macam tuala dan cadar. Kalau setakat baju dua hari, masih larat lagi nak basuh tangan.

6. Lain-lain
  • Bantal (satu bantal kepala and satu bantal peluk. Rasa macam tak best je kalau tak de bantal peluk)
  • Cadar dan sarung bantal
  • Mug, pinggan and sudu garfu
  • Stok gula,susu pekat,  teh, milo, nescafe and kordial minuman (jimat duit air)
  • stok makanan ringan. (maggie, jajan and others)
  • Sabun pencuci pinggan.


Setakat ini sahaja info yang diberi. Harap cukup buat anda sebab benda inilah yang saya bawa ke kolej nanti. Sebarang pertanyaan boleh drop comment atau email sahaja. Insyaallah saya baca dan tolong anda semua. Bagi sesiapa yang masuk KPM Bandar Penawar, jumpa 13 Januari nanti.







Thanks for reading,
Filzah


Comments

Syahmi Zaludin said…
Whoa! Student KPMBP jugak! =)

Student sem 5 di sini =) Semoga maju jaya!

Bagi yang ingin memohon bagi sesi Julai 2015 kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) seluruh Malaysia, permohonan kini dibuka secara online hingga 14 April 2015 ini! =)

Jemput singgah =)

http://syahmizaludin.blogspot.com/2015/03/offer-kemasukan-ke-kolej-profesional.html

Popular posts from this blog

Syawal yang Hilang

New Year Giveaway by MF