Permohonan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) sesi Jan 2015 telah dibuka !




Perhatian untuk kamu yang ingin melanjutkan pelajaran di IPMA!


Tawaran sudah dibuka. Bagi kamu, batch 97's and above, kamu semua bolehlah daftar ke IPMA dan insyaallah banyak keistimewaan dan faedah yang boleh kamu terima as you and your parent are BUMIPUTERA.

Untuk permohonan, boleh klik laman --> UPIM

Kamu boleh semak tawaran ini di akhbar:

1. Kosmo&Borneo Post: 1 September 2014 (isnin)
2. Sinar Harian: 8 September 2014 (Isnin)
3. Berita Harian & Utusan Melayu: 15 Septemeber 2014 (Isnin)
4. Harian Metro: 22 September 2014 (Isnin)

Tawaran ini dibuka dari 25 Ogos 2014 hingga 26 September 2014



Saya juga salah satu student under MARA dimana saya belajar di Kolej Profesional Mara Bandar Penawar, Johor sesi Jul-Dis 2014. Terus terang banyak keistimewaan bila kamu masuk di KPM ini.

1. Pendaftaran belajar RM240.
Saya tak tahu time anda nanti berapa yurannya. Tapi yang best, itu sahajalah bayaran yg kamu kena bayar. Tak sama seperti kolej / universiti sedia ada.

2. Elaun Sara Diri
Semua student yg berdaftar layak mendapat elaun sara diri. Untuk student Program Intensif Persediaan (PIP), RM250sebulan dan untuk student DIP, RM300 sebulan

3. No PTPTN
Secara automatik, tiada PTPTN. Untung kan? 

4. Banyak kursus Diploma yg ditawarkan.
Tetapi apa yg saya faham, setiap KPM ada dua atau tiga kursus sahaja. Di KPMBP, ada tiga iaiti Program Intensif Persediaan (PIP), Diploma in Accountancy and Diploma Integrated Logistics Management. Berkenaan dengan kursus diploma ini, anda boleh dapatkan maklumat di setiap laman web rasmi KPM

5. PIP
Dari tadi sebut pasal PIP tapi tak tahu apa benda? Ok, sebenarnya PIP ini sama sahaja seperti Pra-Diploma. Jika keputusan SPM anda kurang cemerlang, PIP inilah yang akan membantu kamu semua untuk dapatkan diploma. Tapi kena struggle sikit sebab bila kamu gagal semasa PIP ini, kamu tak layak untuk sambung diploma. Kira-kira selepas dua tahun baru boleh. Tapi jangan risau. Insyaallah ramai yang akan bantu. Kena cari kawan yg nak belajar. Dan satu lagi, PIP ini sah untuk KPM sahaja. Maknanya jika kamu dah lulus PIP, kamu boleh sambung diploma di KPM. Bukan di institusi lain.

6. Asrama
Jika di KPM Bandar Penawar, semua student mesti tinggal di asrama dan tiada seorang pun yg akan duduk rumah luar/rumah sewa. Kalau tinggal di luar pun, means student itu bermasalah dalam kolej.Asrama di sini juga terletak di dalam kolej itu sendiri dan hanya berjalan kaki sahaja ke kelas. Lima minit masih sempat, itupun kalau jalan laju. Kalau jalan macam mak jemah gi pasar, memang lambatlah masuk kelas. Saya tak pasti di KPM lain ada asrama dalam kolej atau tak. Tapi yang saya dengar KPM di Melaka asrama jauh dari kolej dan terpaksa untuk naik bas kolej untuk pergi ke kelas.


Kebanyakan yg saya cerita ini berdasarkan pengalaman saya memasuki KPM Bandar Penawar. Jadi, banyak benda yang saya kongsi berkaitan kolej saya. Hehehe. Bagi kolej lain yang dibawah nama MARA seperti KKTM dan IKM , saya tak tahu bagaimana cara pembelajaran dia, kursus-kursus yang ditawarkan and etc. Better you search at official web of that college.



Senarai Kolej Profesional Mara.

1. KPM Bandar Penawar
2. KPM Bandar Melaka
3. KPM Ayer Molek, Melaka
4. KPM Beranang Selangor
5. KPM Indera Mahkota 
6. KPM Seri Iskandar

Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMA)

1. Kolej Profesional Mara
2. Kolej Kemahiran Tingi Mara
3. Kolej Poly-Tech Mara
4. Institut Kemahiran Mara
5. German Malaysian Institute 
6. Universiti Malaysia Kelantan
7. Universiti Kuala Lumpur



Sekian. Wasalam.




Comments

Syahmi Zaludin said…
Singgaj sini! :)

Keep on posting info yang berguna okay? Terutamanya tentang KPM BP =)

Popular posts from this blog

Barang-barang yang perlu dibawa ke kolej profesional MARA (CHECKLIST)

SUGARLAVENDAA

Syawal yang Hilang