Nak balikkkk ..!!





Rindu rumah.. Rindu bilik.
Rindu katil.. Bantal busyukk..



Sebanarnya boleh ajer balik tiap-tiap minggu, sebab pihak felo bagi kebenaran untuk balik dalam bulan puasa nih. Tapi, tuhaaa, orang kat muar tak kasi balik. Katanya simpan duit untuk balik raya nanti. Huaaa, rasa nak menangis kena delay dua minggu lebih tak balik. untuk balik ke Muar kena ada dua tiket. Tiket pertama harga RM9 (Bndr Penawar-> Larkin), tiket kedua RM16.70 (Larkin->Muar). Dari JB ke Muar aritu aku amik Mayang Sari. Amik yang paling cepat. Mahal ke murah, itu aku tak tahu. Sebab minggu pertama aku balik tu , memang nak belajar berdikari rushing naik bas.

Live Update at Instagram, u may follow @tunteja_

Kat sini alhamdulillah senang susah cari makan. Kalau nak murah, beli ajer kat kafe. Kalau nak makan sedap sikit atau mahal sikit, belilah kat luar. Kat sini boleh outing hari-hari selepas habis kelas, around pukul empay macam tu. Aku kadang-kadang je beli kat luar, itupun kalau rajin nak menapak keluar. Satu lagi, kena bawa duit banyak sikit, sebab sekali naik teksi pergi and balik dalam dua ringgit. Jauh tak jauh, dekat tak dekat lah. Dekat sini memang ada bas MaraLiner, tapi kita tak tahu pukul berapa dia lalu depan kolej. So nak cepat memang kena naik teksi lah.

Pasal tiket raya pulak. Ini satu hal pening. Akak senior kat sini ada yang jual tiket bas ke Larkin. Tapi time kita nak beli, boleh pulak dia kata tiket tak jual lagi, sedangkan kawan kita dah beli tiket dah. Aduhaaiii, sedih macam ni. Nak menapak keluar tu penat. Itu belum lagi cari tiket yang dekat Larkin punya untuk balik ke Muar.. Seemoga Allah permudahkan urusanku untuk balik raya nih. Nak balik oii :)


Siapa yg tahu tempah tiket bas online, recommend dekat aii okeh. 
wechat kita, id: eesyaL1396



Hopely, Filzah.




Wasalam. 
Thankyou for reading..!!


Comments

Hans said…
hahahaha
raya nak dekat
makin homesick jadinya
Bro Framestone said…
Apa lagi, next sem buat business jual tiket bas pula.

Masyuk...

Adik Bro dulu siap book 2-3 bas lagi untuk mereka yang nak pulang ke pantai timur

Popular posts from this blog

Barang-barang yang perlu dibawa ke kolej profesional MARA (CHECKLIST)

Syawal yang Hilang

New Year Giveaway by MF