Bakal merantau..



 Aku tolak tawaran untuk belajar pasal kanak-kanak. Aku tolak bidang pendidikan, sebab aku percaya bidang tersebut bukan untuk aku. Dan aku percaya ramai jikalau memang rezeki aku untuk jadi cikgu satu hari nanti, pasti ada jalannya.

Insyaallah, start satu Julai ini, bermulalah kisah merantau ku di Kolej Profesional Mara, Bandar Penawar, Johor. Aku start as PIP Student first. and then continue DIPLOMA and zuppp terus DEGREE. Itu memang perancangan aku buat masa ini. Aku tahu jalan ini agak panjang dan jauh tapi aku yakin Allah adalah sebaik-baik perancang dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Mungkin ini memang jalan untuk aku.


Tempoh PIP selama lima bulan dan jika keputusan aku bagus insyaallah aku akan sambung diploma awal tahun depan. Course apa semua belum diputuskan lagi, cuma kita tengoklah nanti apa yang aku pilih.Okeh, selamat tinggal semua. Banyak lagi benda yang nak kena siapkan. 


Jumpa lagi.. Thanks for Reading.


Comments

ZUKI DIN said…
selamat belajar. semoga dapat lulus dgn cemerlang..in sha Allah.
husna zahidi said…
yakin dengan ketentuanNya..:)
semoga berjaya!!

Popular posts from this blog

Barang-barang yang perlu dibawa ke kolej profesional MARA (CHECKLIST)

Syawal yang Hilang

New Year Giveaway by MF