Aku bakal jadi Cikgu ?






Assalammualaikum
Salam Sejahtera.




Semalam aku baru sahaja terima surat tawaran dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang memberitahu bahawa course yang aku mohon itu DITERIMA.!



Dip. Pendidikan Awal Kanak-Kanak




Bakal jadi cikgu tadikalah gamaknya. Dan jika aku bersetuju untuk sambung belajar dalam bidang tersebut, aku bakal memulakan pengajian ku di sebuah negeri nun jauh dari Johor, iaitu Kelantan. MasyaAllah jauhnya. Jauh dari keluarga dan jauh dari kawan-kawan.


Bakal Merantau di Negeri Orang


Ayah aku kata, kalau nak belajar jangan pikir jauh atau dekat. Yang penting niat kau nak belajar. Insyaallah, benda ini akan ku pikirkan banyak-banyak kali. Bagaiman aku nak sesuaikan diri. Naik bas sensorang, naik keretapi sensorang. Itu belum lagi kena perli-perli dengan orang sana sebab aku orang Johor. 

Hahahahaha. Tak dapat bayangkan rasanya. Aku cakap begini sebab anak sedara aku belajar sana. Dia kata kalau masuk kelas jer, asyik kena perli jer. Itu belum lagi part JDT vs Kelantan. Ohhhhh Tuhan. Tak dapat bayangkan rasanya. Hahahahahaha



Tunggu tawaran dari Kolej Profesional MARA


Hari itu, aku pergi Karnival Pendidikan MARA dekat Melaka. Aku ada mohon dengan KPM. Dan pegawai kat situ dah minta surat beranak mak, ayah dan kita. Salinan IC kita, salinan IC mak ayah dan salinan SPM. Ini pun satu. Aku tengah tertunggu-tunggu surat dari orang sana. Sebab KPM nih aku minta dekat sikit. Dekat Ayer Molek Melaka. 40 minit ajer kot dari Muar. Dekat sangatttt. Boleh balik hari hari.. Huhuhuhu.


Doakan.


Apa-apapun, doakan yang terbaik untuk saya yerp. Jumpa lagi. 
Bye korang. Sayang Korang. Wasalam.




Apa, TEACHER ?
Doakan :-)




Comments

Elfy Epy said…
InsyaAllah kamu akn diberi layanan yg baik jika dtg ke negeri kelate..dan dpt rasa mknan yg sdap2 di kelate nt.dan xde perli2 d sini..smgt setiakawan dalam study xsama ngn smgt tgk bola..klau nk tau mcmne rasanya duk d klate dtg dan lihat dlu mcmne..xsama dgn ape yg di kata..
Dzureen Darwis said…
Wah all the best, fikir betul-betul sebelum buat keputusan hehehe :)
Nick Nashram said…
yayy..bakal jadi cikgu jugak..hehe. saya dari kelantan merantau ke johor..okay la tu, jangan risau la, orang kat sana peramah :)
Lyeen De Syifa said…
yeah...welcome to the club...:D
kerja mulia...good luck awak..:D
tahniahhhhh :D kita bangga dekat awak..:D
Zuhaira Nasrin said…
All the best!

Singgah follow dari segmen kakMia :)
aniesa ahmad said…
tahniah :D

Selamat menyambung pelajaran. Don't worry, akak pun belajar kelantan jugak. ok je. tak de masalah :D
Nour Adieb said…
yg penting niat kita nak p study :) sy pun merantau gak, study kat kedah :) jauh merantau luas pengetahuan

Popular posts from this blog

Barang-barang yang perlu dibawa ke kolej profesional MARA (CHECKLIST)

Syawal yang Hilang

New Year Giveaway by MF