Posts

Showing posts from May, 2014

Aku memang suka memasak..

Yess ! Dari dulu lagi.

Sampai ada yang kata, kenapa tak nak ambil kos kulinari and so on kalau dah minat memasak. Bagi aku memasak ini adalah satu pekara yang subjektif. Tak semestinya kena ikut resipi jer. Resipi itu cuma panduan. Yang lain, kita boleh tokok tambah mengikut selera diri sendiri. 

Aku daripada awal lagi memang tolak apa-apa tawaran yang berkaitan dengan memasak ini. Sebab aku kurang gemar bila benda yang aku minat ini jadi satu paksaan. Biarlah. Aku pun tak suka bila ada orang sibuk menyibuk di dapur ketika aku tengah masak, kecuali my mom. Itu rujukan utama.
Semenjak aku dah berhenti kerja ini, buku resipi aku penuh dengan resipi yang pelbagai. Ada yang aku ambil dari group memasak di facebook, blog, instagram. Kadang-kadang, satu jenis masakan itu, sampai tiga empat resipi aku simpan. yelah, buat perbandingan ketika masak. Kadang, aku siap gabungkan tiga empat resipi untuk jadi satu hidangan. Try and error. Kan memasak itu satu subjektif. Jadi suka hati kita lah kan…

Contoh Tema Green Apple Dan Pink [Mix&Match]

Image
Assalammualaikum Salam Sejahtera

Cuma nak kongsi tema sahaja. Kot-kot suka ke ape kan.  Segala sumber semuanya daripada encik google.


Contoh meja guest. 


Contoh untuk candy booth 

Cantiknya pelamin macam ini. Still kena dengan tema. Green Apple + Pink



Candy Apple . Sedap. Nyummmm :)

Cantiklah guest table nih.

Ini majlis pertunangan anak buah. Masih boleh kena dengan tema kan ?

Sekian segmen suka-suka daripada saya, Filzah.  Jumpa lagi minggu depan.



***Segmen daripada tajaan sendiri***



Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

Image
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...
Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan: 1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 
Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 
PEMILIHAN…

{GAMBAR] No Boys. Only Girls !! Kami Dating ..

Image
Assalammualaikum Salam Sejahtera.




11 Mei 2014 - Hari di mana kami semua dapat berkumpul kembali setelah habis sekolah. Huaaaa, terubat rasa rindu kat depa semua sebab sebahagian daripada kami bukan dari sekolah yang sama semasa tingkatan empat dan lima. Biasalah, result bagus confirm keluar merantau kan..!!


Samalah macam sekarang..! Masing-masing dah pun nak pi sambung belajar ke peringkat yang seterusnya. Ada yang sambung form 6 , matriks and asasi. Masing-masing jauh katekoo. 


From Left-Right
Filzah (aku) - KPTM, Kota Bharu, Kelantan Zaty Hisham (Tudung Pink) - Kolej Matrikulasi, Banting. Mia Lee (tudung peach) - Uniten, Muadzam Pahang Afizah Haron (tudung hitam, tersorok sikit) - Asasi, UM Atikah Shary (Tudung Biru) - Form 6, maybe.  Hanisah Syuhada (Tudung light blue) - Form 6 too, maybe. Natasha Hisham (Black Tops) - Asasi, UPM.  Najiha Anuar (Tudung Kelabu) - UiTM, Penang.  Khairunnisa' (tudung kuning) - Kolej Matrikulasi. I think kat pahang.


So semalam hari perjumpaan rasmi sebelum …

Aku bakal jadi Cikgu ?

Image
Assalammualaikum Salam Sejahtera.



Semalam aku baru sahaja terima surat tawaran dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang memberitahu bahawa course yang aku mohon itu DITERIMA.!


Dip. Pendidikan Awal Kanak-Kanak



Bakal jadi cikgu tadikalah gamaknya. Dan jika aku bersetuju untuk sambung belajar dalam bidang tersebut, aku bakal memulakan pengajian ku di sebuah negeri nun jauh dari Johor, iaitu Kelantan. MasyaAllah jauhnya. Jauh dari keluarga dan jauh dari kawan-kawan.

Bakal Merantau di Negeri Orang

Ayah aku kata, kalau nak belajar jangan pikir jauh atau dekat. Yang penting niat kau nak belajar. Insyaallah, benda ini akan ku pikirkan banyak-banyak kali. Bagaiman aku nak sesuaikan diri. Naik bas sensorang, naik keretapi sensorang. Itu belum lagi kena perli-perli dengan orang sana sebab aku orang Johor. 
Hahahahaha. Tak dapat bayangkan rasanya. Aku cakap begini sebab anak sedara aku belajar sana. Dia kata kalau masuk kelas jer, asyik kena perli jer. Itu belum lagi part JDT vs Kelantan. Ohhhhh Tuhan.…