Apa pendapat anda tentang kahwin pilihan keluarga & kahwin pilihan sendiri ?




Assalammualaikum
Salam Sejahtera



sumber: gambar


Kahwin pilihan sendiri atau pilihan keluarga ..??


Aku baru terima tugasan yang bertajuk kahwin pilihan sendiri atau pilihan keluarga.. Aku buntu nak cari info macam mana.. sebabnya dekat internet semua cerita yang sama. Rasa macam klise sangat. Oleh itu, aku nak cari info yang fresh daripada korang..

Agak-agak yang mana jadi pilihan korang ? Korang boleh sertakan pendapat korang di kotak komen di bawah ini. Terima kasih..

Comments

maybe pilihan sendiri tapi berdasarkan guide line parents la...:D
Evagurl said…
pilihan sendiri.. dan sy prefer kawan2 sendiri yang dah kenal lama, sebab dah tau perangai masing2.. sbb sy kekok dgn org yg sy x knal..hehe..tu just my feeling..ada org lebih selesa pilihan keluarga..depends la kan :)
Anis Najwa said…
kalau pilihan sendiri x dapat restu ibu ngan abah lebih baik kita kahwin pilihan family ;)sebab tkt2 nanti restu x dpt x bahagia nanti... heheh tu saja... ping pongg mai melawat blog anis pulak eh ;)
Filzah Azzahra said…
- yeaahh. sebab kebanyakan kahwin pilihan sendiri mungkin kebahagian tak kan kekal. sebb kemanisan berumah tangga dah dirasa sebelum berkahwin lagi
hana hadi said…
better pilihan sendiri. Mak hana pun kata macam tu sebab nanti kalau pilihan ibu bapa. jadi apa2 kat rumah tangga nanti salahkan ibu bapa plak..:)


Mia Liana said…
pilihan sendiri... senang nak sesuaikan diri bila dah kahwin nanti.
Zawiah said…
pilihan sendiri sekiranya diterima baik oleh seluruh ahli keluarga ...

Pilihan keluarga sekiranya pilihan sendiri tidak disukai atas sebab2 yg mrk x blh terima dan pilihan keluarga mungkin yg terbaik kerana redha ibu bapa itu redha Allah jua .

sekiranya mahu perkahwinan yg barakah , maka redha ibu bapa itu penting .

sekiranya keluarga tidak boleh diterima selepas sesi perkenalan atas sebab tak serasi atau sendiri tak berkenan apa yg ada pada pilihan itu , perlu jelaskan sebaik mungkin pada keluarga ...

jalan terbaik , buat solat hajat dan istikharah ...

byk pro dan kontra , sebab dan kesan perlu dijelaskan ttg pilian sendiri ataupun pilihan keluarga ...
tsumiki hajira said…
pilihan keluarga pun elok, pilihan sendiri pun elok. it depends on that particular person nak pilih cmne. tp kalau saya, saya lebih suka pilihan sendiri, dan restu keluarga pn perlu sgt tu.

Popular posts from this blog

Barang-barang yang perlu dibawa ke kolej profesional MARA (CHECKLIST)

SUGARLAVENDAA

Syawal yang Hilang