Syawal yang Hilang





Assalammualaikum
Salam Sejahtera





Bulan Syawal bulan yang dinanti oleh setiap umat Islam bagi meraikan hari kemenangan setelah berjaya mengawal diri daripada hawa nafsu selama sebulan. Anugerah Syawal Seindah Ramadhan.


Pagi raya amat dinanti. Semua keluarga sebelah ayah dapat berkumpul kecuali keluarga paklong sebab mak mertua paklong baru keluar hospital. Abg Ejal anak mak ngah baru tiba pagi raya sebab dia baru habis kerja malam dekat pelabuhan Tanjung Pelepas. Selepas solat raya, kita pun makan lah ramai-ramai. Bergurau senda di pagi raya.




Patotnya lepas makan kita bermaaf-maafan. tapi tahun ini terbalik pulak. Aktiviti tangkap gambar pulak yg jadi agenda utama. Yang peliknya aktiviti bergambar tahun ini lebih meriah daripada tahun sebelumnya. Abg.Ejal, ketua bergambar siap cakap, "kenapa tahun ini banyak sangat ambil gambar. Welll, i kan retisss.." Ada makna disebalik semua itu......


Lepas bergambar, sesi bermaf-maafan. (maaf, gambar privasi) -,-


Yeahhh, kita teruskan beraya. beraya rumah atok sana, atok sini, moyang sana, moyang sini. memang meriah ditambah lagi dengan gurau senda abg ejal. memang tak berhenti ketawalah kita semua..



Aktiviti berkunjung habis dalam pukul 3 sebab abg ejal nak masuk kerja pukul 6 dekat PTP. Sebenrnya banyak lagi tempat belum pergi tapi mengenangkan abg ejal nak kerja then pakteh pulak nak balik Johor, kita tamatkan jelah. Raya ketiga / keempat boleh sambung lagi. Tapi family aku, family Cik Lin, family paklong dan Family cu yan masih ada lagi dekat kampung. Sambung beraya untuk dua rumah lagi.ohh lupa bagitahu, family paklong baru jer tiba lepas family makngah dan family pakteh balik.



Kira-kira pukul 6 macam tu, Cik Lin dapat kol daripada mak ngah. Dia kata "ejal eksiden. Doktor suruh akk pergi hosp.Kulai".. Semua terkejut bila dapat panggilan macam itu. Hati dah rasa lain. Kita orang nak pergi Kulai memanglah lambat sampai, jadi ayah aku pergi rumah ketua ambulans hosp.Kulai suruh tanya macam mana abg ejal. Cerita gitu gini, kita dapat satu berita.


Abg Ejal dah meninggal....



Masa itu semua rasa macam tak percaya sebab pagi itu kita orang baru bergurau senda. Allah lebih sayangkan arwah. Mak ngah yg otw pi hospital, kita orang tak bagitahu pun. Biar mak ngah tahu sendiri. Planning nak sambung raya memang kita batalkan terus. malam tu lepas solat isya' kita terus pergi rumah makngah kat pt.yaaani, Yong Peng. rasa sedih tak dapat kita orang ungkapkan. 



Arwah anak sulong. arwah baru jer bekerja di PTP 6 bulan. arwah harapan keluarga. arwah tempat luah rasa emak. ayah arwah sakit. tak bole kerja, jadi arwah lah kena tanggung keluarga. Arwah adalah sedara lelaki yg paling rapat dengan aku. Masa pagi raya tu, kita orang maaf-maaf, lepas tu arwah ade pesan dekat aku, "Eja, belajar rajin-rajin tau. selamat hari raya".. Aku nangis bila teringat pesan arwah.



Duit raya pertama dan terakhir daripada arwah


Alfatihah untuk arwah Mohd Faizal bin Abd.Hamid yang telah kembali ke rahmatullah pada 080813 bersamaan 1 syawal 1434 Hij. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman. Amin.




Selang 62 hari arwah nenek meninggal.



Comments

Carl Lesmana said…
kita sama ! saya raya tahun 2011 kehilangan arwah aunt saya . on the eid day tu kemain kami bergambar sakan , tu pun dia lah yang suruh . last2 terima berita sedih .dia kemalangan di karak :((

Alfatihah buat your abang ejal .
tabah yea dan salam aidilfitri :DD
Rusydinah Yahya said…
Salam takziah dik...al-fatihah utk arwah...
Ainim Suju said…
Innalillah..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang Soleh. Al Fatihah..
::CIK LYNN:: said…
salam takziah ya...alfatihah...

Popular posts from this blog

Barang-barang yang perlu dibawa ke kolej profesional MARA (CHECKLIST)

New Year Giveaway by MF