Posts

Showing posts from July, 2013

"....Ija, PLKN kan best...."

Image
Assalammualaikum Salam Sejahtera.

"Ija, kenapa tak nak masuk PLKN..? kan best"

"Ija, nanti mesti kau masuk punya PLKN tu.."

Antara dialog yang buat aku ngeri untuk dengar. Macam-macam depa cakap. Sesungguhnya aku mengharapkan yang aku tidak terpilih untuk mana-mana siri PLKN tahun 2014. Bukan apa, aku malaslah nak gayut sana sini. Nak kawad lagi. Tinggal 3bulan kat dalam tu. Hahahaha, memang ngeri !
........................

Dan tadi selepas sahur, aku ada terbaca status budak-budak batch 96' pasal semakan ke PLKN. Apa lagi, google lah terus. Sebelum tu dah doa banyak, harap-harap aku tidak terpilih. Menggigil taip no ic. Lepas tu kejam mata sebelum benda alah tu keluar. buka mata sikit-sikit dan....



Inilah keputusannya.  *Lompat bintang*


Untuk buat semakan, boleh klik --> [SINI]





[Lirik] : Matahari by Hafiz

Image
Matahari
Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu


Sumber



Sekali dengar terus jatuh hati :-) Watching "Pelancaran Album Luahan ati Anak Seni" at Astro Ria





Bukan setakat Durian Crepe sahaja !!

Image
Assalammualaikum Salam Sejahtera.

Bagus betol aku ada blog ini. Bukan ape, last year aku adalah cakap pasal Durian Crepe home made by my Aunty dalam entryini. So far dengan bantuan blog, aku dapatlah bantu makcik aku kembangkan perniagaan dia. Alhamdulillah, makcik aku suka dan aku pun suka.




Sekarang bukan setakat perisa Durian sahaja, tapi dah pelbagai dah. Ada perisa mangga, strawberry, blueberry, milo, orange, laici, jagung dan sebagainya. Wahh, makin hebat makcik aku nie. Dalam diam :) .. As aku tak makan durian (jangan cakap aku bukan orang melayu eh sebb tak makan durian) , aku lebih suka manggo crepe and blueberry crepe. Seeeeedap !

Ini contoh manggo Crepe.  Manggo fresh.
Selain membuat jualan, makcik aku juga terima tempahan untuk dijadikan doorgift. korang nak berapa, nak perisa ape and nak bila, insyallah makcik aku boleh buat. 

cth:- Blueberry & Strawberry Crepe

And now, makcik aku nak lebarkan sayap perniagaan dia di beberapa kawasan dengan mencari agen yang sudi. Insya…